expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, September 26, 2017

ASAL KEJADIAN JIN ( PART 1)

KEJADIAN JIN (GAMBAR HIASAN)
Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

ASAL KEJADIAN JIN ( PART 2)

ASAL KEJADIAN JIN (GAMBAR HIASAN)
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

ASAL KEJADIAN JIN ( PART 3)

CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

ASAL KEJADIAN JIN ( PART 4)

RUPA BENTUK JIN (GAMBAR HIASAN)
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

ASAL KEJADIAN JIN ( PART 5)

KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

ASAL KEJADIAN JIN ( PART AKHIR)

ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.

SOLAT SUNAT DAN KEPENTINGANNYA

Solat Sunat dan Kepentingannya
Solat sunat ialah solat yang dilakukan oleh seorang Muslim dengan kerelaan hatinya sendiri, samaada solat itu dikerjakan pada waktu malam ataupun siang. Solat sunat ini juaga dikenali dengan solat "nafilah" atau solat "tathawwu" iaitu solat yang tidak wajibkan dikerjakannya. Siapa yang mengerjakannya akan mendapat pahala dan sesiapa yang meninggalkannya tidak berdosa. Namun ia mempunyai pelbagai kelebihan yang sangat besar. Solat sunat adalah jauh lebih banyak daripada solat fardhu. Kalau solat fardhu hanyalah dilakukan lima kali sehari, tetapi solat sunat tidak ada hadnya. Pada zaman dahulu, ramai pra sahabat yang mengerjakan solat sunat sehingga beratus-ratus rakaat banyaknya. Antara contoh solat sunat ialah solat Istisqa', solat Kusuf, solat terawih, Solat taubat, solat tasbih dan lain-lain lagi. Selain daripada kepentingan atau tujuan khusus, kepentingan solat sunat secara amnya ialah:

TUJUH (7) SUNNAH HARIAN NABI MUHAMMAD SAW

TUJUH (7) SUNNAH HARIAN NABI MUHAMMAD SAW
Antara Amalan Menjadikan Hidup Lebih Bermakna:
  1. Solat Tahajud
  2. Membaca & mempelajari Al-Quran
  3. Solat Subuh berjemaah di masjid
  4. Melakukan Solat Dhuha
  5. Bersedekah
  6. Selalu dalam keadaan berWhuduk
  7. Selalu Berzikir
PETIKAN DARI #syifasunnah

Sunday, September 24, 2017

INFO: 10 TANDA BILA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR

10 TANDA BILA RUMAHTANGGA TERKENA SIHIR
Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan.

INFO: ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS

ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.

TIPS: TANDA-TANDA KENA SANTAU, SIHIR & SAKA


Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau lebih-lebih lagi saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.

Sebaliknya pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih suka dikaitkan masalah mereka dengan “buatan orang”,walaupun sebenarnya tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?

Saturday, September 23, 2017

TIPS: SAKIT LUTUT

"2 TAHUN MENGALAMI SAKIT LUTUT TANPA SEBAB, NAK SOLAT & BERJALAN PUN SUSAH, SEKARANG TELAH SEMBUH - SYUKUR ALHAMDULILLAH"

"Mak Cik telah mengalami masalah sakit lutut ini lebih kurang 2 tahun, apa punca dan sebabnya Mak Cik sendiri tak pasti, nak kata jatuh tak pernah pula. Amat sukar menjalani rutin harian, nak solat pun susah apatah lagi nak berjalan..pada mulanya fikir mungkin faktor usia kot"..
.
"Secara tak sengaja Mak Cik diberi cuba PRODUK BIDARA SYIFA' SUNNAH semasa menghadiri Program Rawatan Islam Syifa' Sunnah yang dianjurkan oleh Al-Fadhil Ustaz Mubi di Taiping Perak pada akhir 2016.

TIPS: MENANGANI BAYI MENANGIS MALAM

MENANGANI BAYI MENANGIS MALAM

Petua ISLAM: Menangani Bayi Menangis Malam

Bayi menangis merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah, menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku. Ada bayi tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas. Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya, tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.